Jafri Malin Abdullah
Jafri Malin Abdullah

Jafri Malin Abdullah

Profesor Dato' Dr. Jafri Malin bin Abdullah adalah merupakan Pengarah serta "Founding Director" Brain and Behaviour Cluster (BBC), Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia. BBC yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains, Universiti Sains Malaysia (P3Neuro) yang pertama di Asia Tenggara dan 'Founding Head" serta mantan Ketua Jabatan Neurosains, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Beliau juga merupakan salah seorang perintis yang memperkenalkan dan mempertingkatkan bidang neurosains klinikal dan eksperimental di Malaysia serta memperluaskannya melalui Akademi Sains Malaysia.[1] Beliau menjayakan program di peringkat Sarjana di Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mendirikan satu-satunya program seperti ini di IPTA/IPTS iaitu Sarjana Surgeri (Neurosurgeri), Sarjana Sains (Neurosains), Doktor Falsafah (Neurosains) dan Sarjana Perubatan Lanjutan (Neurologi). Dengan usaha-usaha ini, jumlah pakar bedah saraf di Malaysia telah meningkat empat kali ganda ke satu jumlah yang membanggakan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan, Rancangan Malaysia Kesembilan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Jumlah saintis neuro yang bertambah sebanyak satu kali ganda juga telah mula berkhidmat di universiti-universiti tempatan lain. Semenjak tahun 2018, Sarjana Neurosains Kognitif, Sarjana Psikologi (Psikologi klinikal), Doktor Falsafah Psikologi (Psikologi klinikal) dan Doktor Falsafah Psikologi (Neuropsikologi klinikal) mula diperkenalkan.

Jafri Malin Abdullah

Lahir (1962-12-05)5 Disember 1962
Kuantan, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Dikenali kerana Perintis yang memperkenalkan dan mempertingkatkan bidang neurosains klinikal dan eksperimental di Malaysia serta memperluaskannya melalui Akademi Sains Malaysia.
Bidang Neurosains klinikal
Institusi Akademi Sains Malaysia
Pusat pendidikan Universiti Sains Malaysia